MAIREEN STORY... ITS MAIRA: Kpop aje.... Episod 2

Saturday 12 November 2011

Kpop aje.... Episod 2

    " Budak ni lagi..."


    Belum sempat mahu menekan butang off, satu lagi panggilan masuk. Soffiya mengeluh lemah. Jason Tam Iskandar atau Jay kedengaran ceria di hujung talian.


  " Helo, Soffi..."


  " Ha, kau nak apa sebenarnya ni? Kacau daun ajelah!" Longlai suara Soffiya.


  Jay ketawa senang. " You marah kat I ke?"


  Soffiya mencemik. Mamat ni... " Dahlah tu. Aku tau kau call sebab apa. Assignment tu dah siap. Kau call Misha dengan Halil cakap yang bahan dah ada. Nanti pandai-pandailah kau orang present kat Miss Vicky."


  " I tahu. Sebab tulah kita orang pilih you jadi setiausaha projek ni. I call diorang ajelah nanti. See you! Assalamualaikum!" Jay terus mematikan talian. Soffiya mencebik lagi. Mat saleh celup ni memang macam ni. Suka sangat cakap bahasa rojak. Accent British kut! Yelah, ibu dan ayah Jay merupakan bangsa Melayu berketurunan Inggeris tulen. Walaupun langsung tidak menampakkan ciri-ciri lelaki Melayu, tetapi sekurang-kurangnya Jay juga bukanlah seteruk mana. Dia masih diasuh dengan sempurna tentang asas-asas agama Islam oleh ibu dan ayahnya.


   Soffiya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hujan lebat masih belum berhenti. Udara dingin begitu
mencengkam hingga ke tulang hitam. Bantal peluk dicapai dan tidak sampai beberapa saat, dia pun terlelap. Sakit kepala dan rasa penat yang dialami hilang serta-merta.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by NAJWA RIHAN