MAIREEN STORY... ITS MAIRA: Kpop aje....

Friday 11 November 2011

Kpop aje....

    Nota pad dibukanya dan dia mula menulis catatan hariannya. Memang itulah kelaziman seorang Hannah Soffiya. Gambar-gambar artis Kpop dah jadi teman hidupnya selama ini. Kalau sehari tak dengar lagi SuJu ke, Teen Top ke, ataupun Big Bang hatta Sistar dan SNSD sekalipun, tak sah. Bila nak ke mana, telinga sedia disumbatkan dengan earphone. (Taklah selalu sebab takut pekak pulak!) Fanatik? Hmm... cuma dia rasa lagu diaorang ni best dan menghiburkan.Kreografi tarian yang simple dan menjadi ikutan ramai.


    So nice and energetic!


   Inilah yang buat ibu bising. Tapi sebab dah minat, dia pun buat-buat tidak tahu saja. Lagu V.I.U_ Very Important U- Beast sudah berlagu lepas habis lagu Fiction. Selain Fiction, Soffiya memang admire habis lagu ini. Dia melihat jam di dinding: 4.40 petang. Sedar tak sedar, sudah hampir dua jam dia asyik menelaah serta mengulangkaji pelajaran. Azan Asar dah lama berkumandang. Dengan langkah yang malas, dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan sembahyang Asar.


   Usai solat, Soffiya mencapai pula iPhone miliknya lalu menekan askara dengan lesu. Nombor adik kesayangan sudah terpapar di skrin. Tanpa menunggu lama, dia menekapkan telefon ke telinga.


  " Helo... Ima. Nanti bila dah nak masuk waktu maghrib, kejutkan angah tau." Suara memang tak payah nak cakap dah. Macam tak dengar aje apa yang dia cakap. Tapi Wilma faham sangat dengan perangai angahnya. Walaupun jarak bilik tak sampai sejengka pun, kalau dah malas tu... siput pun kalah. Angah kalau malas, everything jadi tak kena aje. Wilma melihat kerja sekolah dan pelbagai kertas-kertas kajang yang bersepah di sana sini. Kemudian melihat jam di dinding bilik.


  " Okey. Orang taulah. Nanti orang kejutkan angah. Tapi ni dah solat Asar ke belum? Atau burn lagi sekali?" Separuh mengusik Wilma bertanya. Tahu sangat dengan perangai Angah yang lagi satu tu. Dia terus memutar ball pen di tangannya berulang kali. Earphone di telinga, tapi tangannya tetap laju menulis. Dia harus menyiapkan tugasan sekolahnya juga. Bukan Angah seorang saja ada homework!


  " Angah nak..."


   " Angah nak offkan telefon. Kejutkan angah bila masuk waktu solat. Jangan ganggu angah sebab nak tidur lepas tu tak nak makan malam. Kalau ibu dengan papa suruh jugak, cakap angah nak bayar hutang tidur. Okey, anything left?" Bagaikan sudah menghafal skrip drama swasta pula. 


  Soffiya mengeluh. Ima ni pun satu... macam tak ada kerja lain. Asyik nak perli orang saja! Dia dah tarik muka!


   " Tak ada apa-apalah. Okey, good nite!" Talian dimatikan. Soffiya lantas merebahkan badan ke atas katil yang bersaiz queen itu dan mencapai bantal peluk. Getah rambut dilepaskan dan rambut ikalnya kini terurai bebas. Lega rasanya. Baru saja dia nak menekan butang off, telefon bergetar lagi menyanyikan irama remix version Be Mine-Infinate.


   " Budak ni lagi..."


Episod 1
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by NAJWA RIHAN