MAIREEN STORY... ITS MAIRA: Episod 3 Kpop aje...

Monday 14 November 2011

Episod 3 Kpop aje...

   Suasana di dalam kelas 5 Pluto hingar bingar. Soffiya duduk berseorangan di sudut yang paling belakang sekali. Kelas Cikgu Faziah yang mengajar subjek Geografi sudah lama berlalu. Kini dalam masa beberapa saat lagi, tentu guru mata pelajaran yang seterusnya akan masuk mengajar sebentar lagi. Projek khidmat masyarakat anjuran sekolah telah diserahkan oleh Jay. Halil dan Misha pula hanya ditugaskan membentangkan tugasan itu kepada Miss Vicky. Apapun, semua bahagian berserta bahan-bahan utama sudah dibereskan dan yang lain-lain biarlah mereka bertiga sahaja yang uruskan. That's it!


  " Alah... aku tak prepare apa-apa lagi untuk presentation tu. Kau tolonglah, Soffi..." rayu Halil. Siap dengan memek muka sekali.


  Soffiya mencebik. Mamat ni, jambu habislah.....


  Jus epal yang dingin terus dihirup. Panas hati harus diredakan dengan segera.


  " Ha'ahlah, Soffi. Isi-isi dia pun aku belum semak apa-apa lagi. Macam mana aku nak present kalau semua benda pun aku tak tahu. Nak jawab apa nanti, karang tak pasal-pasal aku jugak yang mati kutu..." rengek Misha pula. Penuh mengada-ngada.


  Soffiya menjulingkan mata. " No. Aku nak blah."


  " Soffi..." Misha mencuba lagi.


  Soffiya buat muka malas nak layan.  Banyak songeh pulak budak dua orang ni! Dahlah tiga minggu ni tak nak contact aku ke, atau e-mel ke, tak pun Skype ke dengan aku. Ni tak, terus hilang sampai kaki aku ni dah jadi sakit sebab asyik main kejar-kejar dengan kau orang. Yang kau orang semua tahu, projek ni settle. Dah ready to serve. Kau orang tak tahu betapa menderitanya aku bila semua hal aku nak kena tanggung sorang-sorang. Aku sampai demam-demam sebab nak siapkan projek ni ada ke siapa yang nak peduli?


  Kecuali my familia.


  Ibu, papa dan Ima.


  Along dan Kak Kaseh.


  " Tu bukan masalah aku. Kau orang pun sama aje. Aku e-mel, tak reply. Aku SMS pun tak nak balas. Bila aku call pun tak jawab. 88 kali aku call, 88 kali jugalah suara perempuan moderator tu yang jawab. So, I just set up dengan mana-mana aku punya social network then tambah mana yang patut. The rest tu pulak, Kak Kaseh aku yang tolong modify. Hal presentation tu korang pulak yang settle sendiri. Aku dah malas lagi nak involve dalam projek ni dah. Aku blah....!" Jus epal dihirup buat kesekian kalinya. Tanpa menanti jawapan Halil dan Misha, dia terus bangun meninggalkan kafeteria Bestari lalu masuk ke dalam kelas.


  " Soffi." Panggil Zana.


  Lamunan Soffiya pecah. Buku nota Sejarah yang sudah hampir lunyai dengan pelbagai warna pen penanda di tangan kanan Zana dipandang sekilas. " What's up?"


  " Kau kenapa ni? Sejak kelas Cikgu Fazzy tu mula sampailah sekarang moody semacam aje aku tengok. Kau ada masalah ke?" Tanya Zana lalu mengambil tempat di sebelah Soffiya yang kosong. Si Tiara ni pula lesap entah ke mana. Macam biskut. Patutlah orang asyik panggil dia Tiara Biskut.


  " Nothing. Cuma aku upset la dengan grup aku tu. Semuanya tak boleh diharap. Satu pun tak boleh pakai. Asyik nak lepaskan diri aje. Jay tu pulak namanya manager tapi semua kerja aku yang kena buat. Si Halil dan Misha tu nak bergantung aje dengan aku. Tak tahu nak buat sendiri. Aku pun ada banyak lagi kerja yang nak kena buat. Kau bayangkan, aku pulak yang kena kejar dia orang. Aku ni kena buat semua kerja. What the heck pulak aku kena bentangkan sekali. Tu yang buat aku naik darah tu!" Luah Soffiya dengan rasa berbuku.


  Zana ketawa. " Kau ingat kau tu sorang ke yang paling malang? At least kau dah siap. Halil dengan Misha tu pun dah tolong  presentkan sekali. Tapi aku ni? Kalau tak ada aku, projek tu takkan berjalanlah nampaknya. Dania dengan Muqri tu bukannya tak peduli pun. Nak tak nak aku jugak yang kena cari bahan, kumpul info dan semuanya la. Nasib baiklah Si Wazif tu boleh tolong. Sekarang ni, tinggal final touch up aje. Esok baru la aku hantar. Bonus, Wazif sendiri yang nak volunteer present benda tu. Selamat aku!!" 


  Soffiya ikut ketawa. " Untung la awak..."


  " .........."
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by NAJWA RIHAN